0 ulasan



Cara - Cara Membuat Mexican Bun

oleh Bite Republic pada pada 29hb Julai 2012 pukul 8.27 pagi ·

Formula (untuk adunan 1kg):

300gm SBMX-1 Sweet Bun Premix
700gm Tepung Gandum Protein Tinggi
400gm Air Sejuk
15gm Yis Kering
80gm Marjeri

Cara-Cara:

Campurkan semua bahan bahan di atas kecuali margerin
Uli menggunakan kelajuan perlahan selama 3 minit
Masukan margerin dan uli menggunakan kelajuan sederhana/laju selama10 minit atau sehingga doh menjadi halus dan licin
Bahagikan doh kepada 60gm (size doh yang di cadangkan) dan pelbagaikan bentuk
Kembangkan selama 90 minit
Bakar pada suhu 200°C selama 12 minit

* Setiap 1kg adunan boleh menghasilkan 24 biji - 25 biji sweet bun (untuk size doh 60gm setiap satu).

Topping:

100gm Icing Sugar
120gm Butter/Margarine
120gm Cake Flour2 biji Telor ( size B )
1/2 sudu teh nescafe + 1 sudu teh air panas

Cara-Cara:

Pukul butter dan gula ising sampai kembang
Masukan telor dan pukul sambai sebati
Masukan tepung dan nescafe berselang seli, kacau hingga sebati.

* kembangkan doh, kemudian paipkan di atas doh yang sudah kembang dan terus bakar


red velvet

0 ulasan

Assalammualaikum,,,
hari ni saya nak cerita pasal kek velvet.... RED VELVET

Kek ni diadun bersama buttermilk sedikit coklat serbuk tanpa gula...tepung kek pun ditambah sedikit tepung jagung. Semua ini memberi ia rasa yg lembut dan lembap. Buttermilk adalah rasa yg 'light creamy'. Buttermilk bole dibuat sendiri dengan cara 240ml susu segar dicampur dengan sesudu cuka atau 2tsp cream of tar tar...

  Kek velvet ni rapuh..saya rasa lebih sesuai jika kita letakkan dulu kek ni dalam peti ais sebelum di sapu cheese frosting supaya ia tidak terlalu rapuh semasa proses menyapu krim...Oleh kerana kek ni rapuh ada sesetengah memanggil ia kek baldu merah. Jika anda menerima tempahan simpan dalam peti semalamman sebelum frosting...

untuk pembaca sila buat kek ini mengikut resepi dibawah:

2 1/2 cup tepung kek 
2 tsp tepung jagung
1 tbsp serbuk penaik
2tbsp serbuk koko
1 1/2 cup butter
1 1/2 gula
2 bj telur
2tsp vanila
1 cup buttermilk

cara;

serbuk koko di satukan dengan 1tbsp pewarna merah...letak tepi...Satukan tepung dan ayak 3 kali...
beat butter dan gula sampai kembang. masukkan telur satu persatu..masukkan pes serbuk koko..
kacau...masukkan selang seli tepung bersama buttermilk...

bakar suhu 170 selama 40 minit..diingatkan..kek ini lembut dan moist jadi hati2 jaan sampai terlebih bakar....






2 ulasan

assalammualaikum,
lama tak update blog...ape nak cite ye...terlalu banyak perkara yg berlaku dalam diari.semua membuatkan aku menjadikannya satu alasan untuk mengatakan aku adalah insan yg sibuk....segala2nya sekarang sudah menjadi normal...sejak january 2012 rutin harian ku berubah....13tahun terbiasa dengan keadaan tak normal dan sekarang menjadi normal...13tahun dengan rutin busy dan sekarang dengan rutin bole mengadap drama korea...kekadang terfikir.apa yg dikejar...hidup umpama kita memanah pada papan pemanah...mesti fokus...tapi apa yg difokus...hu..hu..kesian aku...yg pasti fokus aku adalah keluarga....yg lain terpaksa tolak ketepi...

 
  • Opah Resepi © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes