0 ulasan



Cara - Cara Membuat Mexican Bun

oleh Bite Republic pada pada 29hb Julai 2012 pukul 8.27 pagi ·

Formula (untuk adunan 1kg):

300gm SBMX-1 Sweet Bun Premix
700gm Tepung Gandum Protein Tinggi
400gm Air Sejuk
15gm Yis Kering
80gm Marjeri

Cara-Cara:

Campurkan semua bahan bahan di atas kecuali margerin
Uli menggunakan kelajuan perlahan selama 3 minit
Masukan margerin dan uli menggunakan kelajuan sederhana/laju selama10 minit atau sehingga doh menjadi halus dan licin
Bahagikan doh kepada 60gm (size doh yang di cadangkan) dan pelbagaikan bentuk
Kembangkan selama 90 minit
Bakar pada suhu 200°C selama 12 minit

* Setiap 1kg adunan boleh menghasilkan 24 biji - 25 biji sweet bun (untuk size doh 60gm setiap satu).

Topping:

100gm Icing Sugar
120gm Butter/Margarine
120gm Cake Flour2 biji Telor ( size B )
1/2 sudu teh nescafe + 1 sudu teh air panas

Cara-Cara:

Pukul butter dan gula ising sampai kembang
Masukan telor dan pukul sambai sebati
Masukan tepung dan nescafe berselang seli, kacau hingga sebati.

* kembangkan doh, kemudian paipkan di atas doh yang sudah kembang dan terus bakar


 
  • Opah Resepi © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes