Opah....

4 jun 2011..tarikh keramat bagi diri ku..opah dah tak de lagi di dunia nie...dulu aku hanya mendengar keluhan kawan2 mengenai kehilangan org yg paling disayangi....aku dapat merasa kesedihan itu..aku tahu apa makna sedih itu...tapi rupa2nya aku hanya sekadar tahu...tanpa aku sedar rupa2nya aku tak faham apa makna sedih,kehilangan , kosong......
dulu masa ada hayatnya lagi...bila aku rindu..aku akan tarikh nafas panjang2 dan lepaskan...rindu aku terubat...kerna aku tahu dia juga menghela nafas dari udara yg sama...dan pada masa itu setiap kali aku teringatkannya aku pasti mendoakan kebahagiaan dia..ketenangan hatinya...aku tahu dia derita....
pukul 9.30 pg 4 jun 2011...aku dapat berita opah dah tak mungkin menghirup lagi udara yg sama seperti aku...terasa bagai sempit dada ku...kosong...terasa jiwa ku mati bersama.....saat itu baru aku tahu apa makna kehilangan....tak mungkin dan tak akan ada lagi opah....
Demi ALLAH memang aku sedih....dan kesedihan ini tak pernah aku rasa...serasa bagai sesuatu menghiris hati ini perlahan2....serasa dada ini sempit dan sukar untuk aku bernafas....jauh dalam hati aku menjerit sekuat hati...OPAH.....................................................................................
saat itu terimbau kembali kenangan aku bersamanya sewaktu masih kecil....aku katakan padanya...
aku:"opah...nanti linda nak mati dulu dari opah"....
opah:"kenapa pulak..biar opah mati dulu..pah tak sanggup tengok kamu mati"
aku:"linda pun tak sanggup"
opah:"semua yg bernyawa pasti mati...sebab kita ALLAH pinjamkan untuk sementara je..kalu opah mati dulu..kita jumpa di sana nanti..cari opah..."
aku: "ok"
dialog 30 tahun dulu terimbau kembali di kotak fikiran ku......memang aku selalu bersedia untuk itu....
semasa nazaknya opah,...aku bisikkan ditelinganya...."opah..jangan takut.......opah sabar ye...ingat ALLAH..opah nanti sampaikan salam linda pada arwah tok dan pada rasullullah..opah nanti kan linda di sana ye...insyaallah suatu masa nanti linda pun akan dijemput."
aku ajarkan kalimah syahadah padanya
YA ALLAH..demi mu...kau lindungilah opah..lapang dan terangilahkan kuburnya..tempatkan dia dikalangan org yg kau sayangi...kasihanilah dia ya ALLAH..
Kerana mu ya ALLAH untuk Opah....OPAH RESEPI akan hidup..insyaALLAH...ALFATIHAH untuk OPAH...SAERAH SEEMUN DALAM INGATAN

2 ulasan:

  1. salam linda. salam takziah dari hanim buat linda sekeluarga. ari ni baru hanim check blog.
    kehilangan org yang tersayang dalam hidup kita mmg memeritkan. apa kan daya segala2 telah tertulis. kita yang masih hidup ni hendaklah perbanyakkan doa semoga roh insan yang kita sayangi dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. al-fatihah

    BalasPadam
  2. InsyaAllah doa yang Linda panjatkan buat Opah sentiasa menjadi pengiring buat Opah disana... AlFatihah buat Opah Linda juga...

    BalasPadam

 
  • Opah Resepi © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes